Tiada gambar secantik lukisan :) |Follow | Dashboard|

One Second Though, I Would To Try It

EntriesAboutFriendsCredits


Biography


Name : Muhamad Norhazim Md lizan
Nick : Zim,Bagak
Birthday : 25/11/95
Zodiac : Sagittarius
Hometown : Muar,Johor
Height : 170cm
Weight : 50 kg
Status : In Relationship
Anniversary Kami

Daisypath Anniversary tickers
Screams



Kontrol Hensem
17 Oktober 2010 | 3 comments
petang tu seperti biasa, aku menunggu lagi di bawah pohon jambu batu itu. aku pun tak tahu macamana aku boleh terpikat pada Mira, anak Mak Leha janda tu. dari segi paras rupa memang boleh dikategorikan cun jelita jugak tapi mungkin senyumannya yang menawan membuatkan aku tergoda.
   
       Huh! jam dah menunjukkan hampir pukul nam petang. orang yang dinanti masih belum menjelma. mungkin dia overtime hari ni kot. banyak kerja agaknya kat ofis tu. aku tetap bersabar menanti , maklumlah hari ni hari yang bersejarah bagi diri aku. aku akan luahkan perasaan aku terhadap dia.

       kalau hendak dikira, rasanya dah lebih lapan kali aku menyikat rambut aku yang gonjeng ni. misai aku yang nipis ni jugak habis aku sikat. nak jumpa wanita idaman la katakan. kehenseman diri perlu jugak dijaga. posisi tempat aku berdiri tu jugak sikit pun tak berubah. kang aku bergerak kang ... tak nampak lagi la kehenseman dan ketampanan aku. sememangnya aku dah kaji selidik dulu posisi dan angle yang baik sebelum berjumpa dengan dia.

       Sebelum ini memanglah aku tak kontro hensem dan bersuara dengan dia. setakat kontrol hemsem dan senyum aje tapi memandangkan setiap kali aku senyum dia pasti balas. kai ni aku dapat keyakinan untuk menegur dan meluahkan isi hati aku padanya. takkan taip-tiap hari sekadar senyum aje ... acam ni macamana nak maju.

       Jeng ... jeng ... jeng! saat yang mendebarkan menanti aku. jantung aku dag ... dig ... dug. lubang hidung aku kembang-kempis mengontrol pernaasan. dari jauh sayup-sayup aku lihat Mira menuju ke arah bus stop sebelah pokok jambu batu dekat aku ni ... tapi nampaknya macam ada dua orang. sapa pulak sorang lagi tu? ahh, lantaklah ... kawan seopis dia gamaknya. kira-kira 30 meter jaraknya dia daripada aku, aku mula mengontrol hensem. boleh dikatakan inilah kontrolan hensem yang terbaik yang pernah aku lakukan

      Pap! tiba-tiba Mira menepuk bahu aku. eh, apa hal pulak Mira ni? tiba-tiba aje bagi respon baik punya ... selalu tak pernah camni. usahkan nak tepuk bahu, tepuk tangan pun tak pernah.

       "Apa dia?" aku makin saspen. mungkinkah dia akan meluahkan perasaannya pada aku? apakah dia jugak cinta  dan syok pada aku ? teka-teki bermain di benak fikiran aku.
      
       "Sebenarnya mak Mira dah jatuh hati kat abang. Dia cakap, dia terpikat kat abang masa abang kontrol hensem tadi..." jelas Mira
     
       Aku menoleh ke sebelah Mira... rupanya yang berjalan dengan dia tadi tu emaknya. memang betul... hari ini hari yang cukup bersejarah bagi aku. lepas pada peristiwa itu tiga bulan aku tak keluar rumah dan yang nyata aku tak nak kontrol hensem lagi . Hampeh!!

Older Post | Newer Post