Tiada gambar secantik lukisan :) |Follow | Dashboard|

One Second Though, I Would To Try It

EntriesAboutFriendsCredits


Biography


Name : Muhamad Norhazim Md lizan
Nick : Zim,Bagak
Birthday : 25/11/95
Zodiac : Sagittarius
Hometown : Muar,Johor
Height : 170cm
Weight : 50 kg
Status : In Relationship
Anniversary Kami

Daisypath Anniversary tickers
Screams



Hobi Boleh Menenangkan Jiwa
11 Ogos 2010 | 0 comments

Hujung minggu bakal menjelma lagi...cepat benar rasanya masa berlalu pergi. Pantas sungguh masa berlari meninggalkan kita, Yang tak bestnya, masa yang berlalu pergi takkan kembali lagi, jadi hargailah setiap masa yang ada...ini adalah peringatan aku kepada diri aku sendiri.. :)

Aku tau korang semua mempunyai hobi yang berbeza-beza. Ada yang suka melukis, menyanyi, membaca novel, bermain alat muzik, bermain permainan PS3..macam-macam lagi memang kalau cakap takkan habis sampai esok. Bila ditanyakan kepada mereka kenapa suka melakukan hobi,ada yang jawab, memang dari dulu suka buat benda tu, jadi sampai sekarang jadi hobi. Ada yang jawab sebab hobi tu je yang dia boleh buat, sebab hobi tu tak perlu keluarkan kos yang mahal, sebab hobi ini buatkan otak sentiasa berfikir dan digunakan. Semua jawapan ini tak salah, tapi aku rangkumkan kesemuanya dalam satu jawapan, KETENANGAN!

Sebenarnya hobi itu wujud kerana aktiviti ini dapat memberikan ketenangan kepada si pelaku. Mungkin juga di satu tahap, sehingga memberikan ketenangan kepada jiwa. Berblogging juga merupakan satu hobi, dan kadangkala berblogging itu akan menjadi lebih daripada sekadar hobi. Kalau tak percaya, tanya saja kepada blogger tegar kita yang ada di Malaysia ini. Ada ramai blogger tegar yang aku kenali sepanjang aku bergelar blogger. Aku blogger yang masih baru, masih banyak yang perlu dipelajari. Walaupun blogging bukanlah hobi utama aku, tapi aku selesa dengan kewujudan blog ini. Selain mendapat ramai kenalan blogger, boleh juga memberikan sedikit informasi untuk mereka yang ingin mencari maklumat.

Aku harapkan, sepanjang blog ini korang kenali, tak kiralah dari Search Engine, dari blog blogger lain, dari manapun juga, aku harapkan korang selesa berada di blog ini. Terima kasih kerana menjadikan lawatan ke blog Bluedianthus sebagai satu lagi koleksi hobi korang. Aku minta maaf kalau aku terlepas pandang blogger yang melawat dan meninggalkan jejak melalui Chatbox. Cara paling baik adalah dengan meninggalkan komen, sebab aku selalunya akan buat perkara yang sama selepas itu. Orang berbudi kita berbahasa. :)

Renungan: Hobi di dunia online memang menyeronokkan, tapi sayang ramai yang menyalahgunakan teknologi Internet dengan hobi yang tidak baik. Sebab itulah, maklumat negatif lebih banyak dari maklumat positif.

Older Post | Newer Post